Khamis, 3 Mei 2012

MAKLUMAT TERKINI MAJLIS PERKAHWINAN BERAMAI-RAMAI 17 JUN 2012

  • Akad Nikah akan dilaksanakan di Masjid Negeri Sabah (cadangan) pada 14 & 15 Jun 2012 (tertakluk pd perubahan tarikh, masa dan tempat).

  • Majlis & Jamuan Perkahwinan – 17hb Jun, 2012. Ahad. 10.00 pagi – 02.00 ptg (Dewan Wisma Pertanian, KK).

  • Sepasang pengantin dibenarkan menjemput 50 tetamu masing-masing. Jika ada tetamu tambahan, setiap tetamu dikenakan caj rm15.00 seorang (untuk kos tambahan jamuan. Sila maklumkan bilangannya dan jelaskan bayaran).

  • Tarikh tutup penyertaan ialah 01 Jun 2012.

  • Setiap pendaftaran diwajibkan deposit rm1500.00. Bakinya dibayar sebelum atau pada 01 Jun 2012.

  • Pasangan yang membatalkan penyertaan, tidak akan dikembalikan deposit tersebut. Dan deposit tersebut sebahagiannya disedekahkan ke rumah Amal RAK, KK & PACK Kundasang.

  • Beberapa Pelamin Pengantin akan disediakan di pentas Pengantin pada Majlis Perkahwinan dan Jamuan.

  • Program Motivasi Pra Perkahwinan anjuran Limpahan Kasih Events akan diadakan ( 1 atau 2 hari).

  • Jamuan disediakan untuk pasangan pengantin & tetamu jemputan dalam 2 bentuk : a). Berhidang
         b). Buffet (layan diri)

  • Perkhidmatan rakam video disediakan (caj tambahan ikut kadar pasaran)